suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Militan Terbunuh Dibom Musuh

MIRANSHAH , Pakistan: Sekurang-kurangnya lima militan terbunuh apabila kenderaan yang mereka naiki dibom oleh musuh sendiri di Shaktoi, Wirizstan di sini pada Rabu.

Pengeboman itu disasarkan kepada kenderaan yang dinaiki komander kumpulan Sajna, Amir Hamzah selain empat pengikutnya.

"Seorang komander Sajna dan empat pengikutnya terbunuh selepas kenderaan mereka diletupkan menerusi bom yang ditanam di tepi jalan," kata pegawai perisikan.

Kejadian itu berlaku selepas lima hari gencatan senjata antara komander Khan Said Sajna dengan pengikut Hakimullah Mehsud dipersetujui  di kawasan berkenaan.

Kejadian itu juga dilihat sebagai permulaan kepada siri peperangan baharu antara dua kumpulan militan besar yang bakal meragut nyawa tambahan.

Pertembungan antara kedua-dua kumpulan militan itu berlarutan sejak tujuh tahun lalu. 


Shaktoi, Wirizstan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain