suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

EU Mahu Perkenal Standard Pemeriksaan Kesihatan Migran

Tonio Borg. Foto AFP
ATHENS: Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa berkata, ia akan memperkenalkan garis panduan yang standard di seluruh rantau itu untuk pemeriksaan kesihatan terhadap golongan pelarian dan migran.

"Tujuan saya adalah menubuhkan satu kumpulan kerja... bagi memperkenalkan garis panduan terhadap pemeriksaan kesihatan, bila dan bagaimana," kata Pesuruhjaya Kesihatan EU, Tonio Borg pada pertemuan tidak rasminya selama dua hari dengan menteri-menteri kesihatan EU di Athens.

"Kebanyakan mereka (migran) sihat. Tetapi kita mempunyai kewajipan untuk melindungi kesihatan rakyat kita," kata Bord, yang pernah menjadi menteri dalam negeri Malta selama satu dekad.

"Mempunya garis panduan ini akan melindungi migran dan penduduk Eropah," katanya.

Pesuruhjaya itu menambah, dana baharu EU bernilai AS$4.2 bilion akan diperuntukkan untuk membantu negara-negara anggota dalam menguruskan tugas imigresen dan perlindungan, termasuk penjagaan kesihatan.

"Dana baharu ini akan digunakan bukan sahaja untuk infrastruktur tetapi juga penjagaan kesihatan," kata Borg. - AFP


Artikel Lain