suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada Perdamaian Jika Tiada Garisan Sempadan Antara Palestin dan Israel

Mahmud Abbas: Tiada Perdamaian Tanpa Garis Sempadan Palestin-Israel

RAMALLAH: Pihak Berkuasa Palestin menegaskan bahawa perjanjian damai dengan Israel tidak akan membawa apa-apa makna tanpa kedua-dua belah pihak terlebih dahulu mengenalpasti garisan sempadan yang akan memisahkan kedua-dua buah negara yang berdaulat.

Presiden Mahmud Abbas berkata, sebuah negara Palestin yang merdeka mestilah mempunyai sempadan dengan sebuah negara yang lain.

"Sejak terbentuknya Israel, tiada siapa yang pasti dengan jelas di manakah garis sempadan itu. Kami perlu mengetahui di manakah garisan sempadan yang memisahkan kami dengan mereka (Israel). Tanpa garisan sempadan itu tidak akan ada perjanjian damai," ujarnya.

Beliau dipetik berkata demikian oleh agensi berita AFP selepas tempoh sembilan bulan untuk menentukan perjanjian damai antara Isreal dengan Palestin yang ditaja Amerika Syarikat  tamat pada Selasa.

Mahmud Abbas, Palestin, Israel

Artikel Lain