suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Kereta Api 'Tube' London Mogok, Stesen Dipenuhi Penyokong Bola

Gambar Hiasan. Kesesakan di Stesen Kereta Api Bawah Tanah London

LONDON: Pekerja sistem kereta api bawah tanah di bandaraya ini melancarkan mogok 48 jam bermula pukul 9 malam waktu tempatan (Isnin), menyebabkan perjalanan pengguna tergendala dan kelam-kabut, termasuk ribuan penyokong yang menyaksikan perlawanan Arsenal dengan Newcastle.

Tindakan itu dianjurkan Kesatuan Pekerja Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT) sebagai protes dan merancang untuk menutup semua pejabat jualan tiket sistem kereta api “Tube”.

Mogok itu dilancarkan selepas rundingan antara kesatuan dengan syarikat pengangkutan kereta api bawah tanah London menemui kegagalan.

Papan tanda diletakkan di luar stesen kereta api menasihati peminat dan penyokong bola sepak yang keluar dari Stadium Emirates laluan alternatif untuk pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun, keadaan dijangka bertambah buruk apabila pengguna keluar bekerja pada pagi Selasa dan Rabu.

Sistem pengangkutan bawah tanah London, iaitu yang tertua di dunia menguruskan lebih tiga juga penumpang setiap hari.

Tubu, London, mogok, Arsenal, Newcastle

Artikel Lain