suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MERS: Arab Saudi Catat 313 Kes, 92 Maut

KUWAIT: Arab Saudi mengesahkan pihaknya mengesan 14 lagi kes berkaitan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS), sekali gus menjadikan keseluruhan 313 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan negara itu, kes terbaharu itu dilaporkan di Riyadh, Jeddah dan Makkah dalam tempoh 24 jam lalu.

Peningkatan bilangan kes itu membimbangkan Arab Saudi yang akan menerima kedatangan jemaah umrah Ramadan pada Julai ini dan jemaah haji pada Oktober depan.

Keseluruhannya, 92 orang sudah meninggal dunia akibat MERS di Arab Saudi.

MERS, Arab Saudi

Artikel Lain