suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menara Kawalan Ingat Pesawat Virgin Dari Brisbane Ke Bali Dirampas

Pesawat Virgin Australia yang pada mulanya disangka menjadi mangsa rampasan selamat mendarat di Bali tanpa sebarang masalah. Foto Oleh: Chris Corless

DENPASAR (Bali): Sebuah pesawat milik Virgin Australia untuk seketika mencetuskan panik kepada pihak berkuasa kerana pada mulanya disangka telah menjadi mangsa rampasan ketika dalam perjalanan dari Brisbane ke sini, Jumaat.

Virgin kemudiannya membuat penjelasan bahawa insiden itu bukanlah satu percubaan rampasan tetapi berpunca daripada seorang penumpang mabuk yang cuba memecah masuk pintu kokpit pesawat.

Suspek terus ditahan pihak berkuasa lapangan terbang Bali sebaik sahaja pesawat itu selamat mendarat di sini pada pagi Jumaat.

Jurucakap Virgin menjelaskan mereka pada mulanya menyangkakan yang pesawat itu telah dirampas kerana wujudnya salah faham dalam komunikasi di antara juruterbang dengan Menara Kawalan Udara di Bali.

Ini kerana seorang penumpang mabuk cuba berkali-kali memecah masuk melalui pintu kokpit menyebabkan juruterbang menyangkakan yang pesawat itu cuba dirampas oleh seseorang.

Sebaik sahaja pesawat itu mendarat, pihak berkuasa lapangan terbang bersama unit komando Tentera Udara Indonesia telah menyerbu masuk ke dalam pesawat dan menahan suspek dengan segera.

Pesawat tersebut VA41 adalah milik Virgin Australia dalam perjalanan dari Brisbane ke Bali.

Virgin Australia sebelum ini dikenali sebagai Virgin Blue dan diasaskan oleh jutawan Richard Branson dan bekas pengasas Virgin Blue, Brett Godfrey pada tahun 2000.

Ia kini adalah syarikat penerbangan kedua terbesar di Australia.

Virgin Australia, Bali, Brisbane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain