suria

27 Maut Serangan Tentera Syria

Seorang bapa memeluk mayat anaknya yang terkorban dalam serangan tentera di Atareb pada Jumaat.

DAMSYIK: Seramai 27 orang awam termasuk tiga kanak-kanak terbunuh selepas perkampungan mereka di Atareb diserang oleh jet pejuang tentera rejim Bashar al-Assad pada Jumaat.

Serangan oleh kerajaan Syria itu telah membunuh ratusan orang awam selain memaksa ratusa ribu lagi melarikan diri ke kawasan selamat.

Aktivis yang berpangkalan di Aleppo, Abu Omar berkata, serangan itu dilakukan terhadap orang awam yang menyokong pemberontakan  menuntut keadilan di bumi Syria.

"Tentera menyerang perkampungan yang terdiri daripada orang awam yang menyokong pemberontak," katanya.

Berikutan serangan itu, aktivis mengedarkan rakaman mengenai mayat-mayat yang bergelimpangan.

Paling menyedihkan ialah tangisan seorang perempuan di sisi ahli keluarganya yang turut terkorban dalam serangan itu.

Syria, Aleppo

Artikel Lain