suria

Serangan Berani Mati, 4 Maut 15 Cedera

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi pengebom berani meletupkan dirinya di Karachi pada Khamis.

KARACHI: Empat maut manakala 15 lagi cedera selepas seorang  lelaki meletupkan dirinya berhampiran pegawai polis tempatan yang sedang bertugas di bandar ini pada Khamis.

Kejadian itu berlaku berhampiran sebuah kedai jahit di pasar sayur di kawasan kejiranan timur bandar ini.

"Letupan menyebabkan seorang pegawai polis, Shafiq Thanoli dan tiga pengawalnya terbunuh manakala 15 lagi orang awam cedera.

"Tanoli dipercayai sasaran pengebom berani mati itu yang kelihatan berjalan ke kedai jahit sebelum meletupkan diri," kata pegawai kanan polis, Tanvir Ahmad Tunio.

Mayat pegawai polis dan pengawalnya yang maut selepas seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya.

Seorang lagi pegawai kanan polis, Raja Umar Khitab memberitahu, Karachi merupakan sebuah bandar yang mempunyai 18 juta penduduk telah diganggu oleh keganasan  mazhab, politik dan etnik yang akhirnya muncul sebagai pengebom berani mati.

Jelasnya, bagaimanapun tiada pihak yang berani mengaku bertanggungjawab termasuk kumpulan penggans Taliban terhadap kejadian pengebom berani mati yang berlaku sebelum ini.

Taliban, Karachi

Artikel Lain