suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Feri Karam: Angka Kematian Cecah 104 Orang, 198 Lagi Masih Hilang

Feri Sewol.
JINDO: Angka kematian tragedi feri karam di Korea Selatan mencecah 104 orang manakala 198 lagi masih hilang.

Feri Sewol yang membawa 476 penumpang, kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah, terbalik dan karam di perairan Korea Selatan pada Rabu lalu.

Kira-kira 174 mangsa berjaya diselamatkan termasuk kapten dan kru kapal tersebut.

Namun, angka kematian sebenar dijangka mencecah sekitar 300 orang sekali gus menjadikan ia antara tragedi terburuk di negara itu.

Pada 1995, sebuah gedung beli-belah runtuh, mengorbankan lebih 500 orang manakala 300 orang terbunuh apabila sebuah feri terbalik di luar pantai barat negara, 21 tahun lalu.


Feri Sewol, Korea Selatan, karam

Artikel Lain