suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia, Singapura Adakan Latihan Tangani Tumpahan Kimia Di Laut

Tumpahan minyak.
SINGAPURA: Malaysia dan Singapura pada Rabu buat julung kalinya mengadakan latihan bersama untuk menangani tumpahan bahan kimia di laut.

Latihan itu membabitkan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Jabatan Marin Malaysia (MMD), diadakan di kawasan Selat Johor yang terletak antara Johor dan Singapura.

Menurut kenyataan dikeluarkan MPA dan Agensi Alam Sekitar Kebangsaan Singapura (NEA), latihan itu diadakan untuk menguji tahap kesiapsiagaan agensi Singapura dan Malaysia sekiranya kejadian seumpama itu berlaku di perairan kedua-dua negara.

Kenyataan itu memetik Ketua Eksekutif MPA Andrew Tan sebagai berkata kerjasama serantau amat penting kerana kemalangan di laut yang mengakibatkan tumpahan bahan kimia dan minyak selalunya bersifat merentas sempadan.

"Ini merupakan latihan dua hala yang pertama diadakan kami untuk menangani tumpahan bahan kimia di laut. Latihan ini membolehkan kami menguji keupayaan respons serantau dan pelbagai agensi supaya kami sentiasa berada dalam keadaan siapsiaga untuk bertindak cepat dan efektif sekiranya berlaku kemalangan maritim, sama ada pelanggaran, kebocoran bahan kimia atau tumpahan minyak," beliau dipetik berkata demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif NEA Ronnie Tay pula dipetik sebagai berkata kejayaan latihan itu jelas memaparkan kesediaan agensi Singapura dan Malaysia dalam mengawal dan menangani kejadian tumpahan bahan kimia di Selat Johor.

Artikel Lain