suria

13 Maut Dalam Letupan Kereta Api Di Pakistan

Salah satu gerabak kereta api yang terbakar dalam satu insiden letupan di stesen keretapi Sibi di Pakistan. Foto dunyanews.tv

QUETTA (Pakistan):  Satu letupan bom berlaku dalam sebuah kereta api di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang dan mencederakan 40 yang lain pada Selasa, kata pegawai rasmi dengan mengatakan jumlah kematian dikhuatiri akan meningkat.

Letupan itu berlaku selepas kereta api berkenaan berhenti di stesen keretapi Sibi, kira-kira 160 kilometer selatan ke destinasinya Quetta.

"Kita menemui 12 mayat dari kereta api. Kesemua mereka hangus terbakar," kata pegawai polis kanan, Mohammad Nazar.

Beliau menambah, seorang lagi meninggal selepas dibawa ke hospital.

Seorang pegawai kanan rasmi pentadbiran, Sher Khan Bazai mengesahkan insiden itu, dengan berkata bahawa mereka yang cedera dibawa ke hospital tentera di bandar itu.

"Seramai 24 pesakit dalam keadaan kritikal, mereka akan dipindahkan ke Quetta secepat mungkin apabila mereka pulih untuk mengembara semula," katanya, sambil menambah bahawa mereka yang cedera termasuk enam wanita dan empat kanak-kanak.

Dua gerabak kereta api terbakar selepas letupan bom berlaku tetapi kebakaran dapat ditangani, kata Nazar kepada AFP.

"Saya tidak dapat kata mereka yang terbunuh adalah orang dewasa atau kanak-kanak kerana kesemua mereka sukar untuk dikenal pasti," katanya. - AFP


letupan bom, pakistan

Artikel Lain