suria

Gempa Bumi Kuat 7.8 Magnitud Gegar Utara Chile

Kemusnaha yang berlaku di Riquelme Cove, di Iquique, utara Chile selepas gempa bumi magnitud 8.2 melanda pantai Pasifik Chile.
SANTIAGO: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud menggegarkan utara Chile pada lewat Rabu, sehari selepas gempa berukuran 8.2 magnitud melanda wilayah yang sama, kata pihak berkuasa.

Satu amaran tsunami dikeluarkan dan beribu-ribu orang telah diarahkan untuk meninggalkan kawasan pedalaman di pantai, menurut pihak berkuasa yang kali pertama mengukur ukuran gempa bumi itu pada skala 7.4.

Gempa bumi terbaru berlaku pada pukul 11.43 malam waktu tempatan (0143 GMT), 20 km (14 batu) di selatan bandar Iquique, kata perkhidmatan amaran tentera laut. 

"Berdasarkan kepada kekuatannya amaran tsunami telah dikeluarkan," agensi nationaloceanographic, yang dikenali sebagai Choa menambah.

Beribu-ribu penduduk di Chile baru sahaja pulang ke rumah selepas bermalam di kawasan tinggi berikutan gempa bumi 8.2 magnitud semalam yang mengorbankan enam orang dan mencetuskan kebimbangan tsunami di negara lain sejauh di Jepun.

Gegaran dirasai jauh di darat pedalaman Bolivia dan mencetuskan amaran pemindahan sehingga ke kawasan pantai Pasifik di Amerika Selatan dan Amerika Tengah.
Chile, gempa bumi, tsunami

Artikel Berikut

Artikel Lain