suria

Korea Utara Dan Korea Selatan Berbalas Tembakan

SEOUL: Korea Selatan dan Korea Utara pada Isnin berbalas tembakan di sempadan perairan maritim selepas Seoul berkata tentera Korea Utara menjatuh bomnya ke perairan Korea Selatan.

"Sebahagian daripada bom Korea Utara jatuh di kawasan kami dan pihak kami membalasnya dengan tembakan," kata jurucakap ketua turus angkatan tentera Korea Selatan kepada AFP.

Tidak ada petunjuk yang sama ada tembakan menyasarkan kepada sasaran tertentu.

Pegawai-pegawai di pulau sempadan Yeonpyeong dan Baengnyeong Korea Selatan berkata penduduk telah dipindahkan ke tempat perlindungan sebagai langkah berjaga-jaga.

Latihan menembak Korea Utara bermula pada pukul 12.15 tengahari dan Korea Selatan mula bertindak balas dalam tempoh 30 minit.

"Buat masa ini, kedua-dua pihak menembak ke dalam laut," kata jurucakap tersebut.

Korea Utara kerap mengadakan latihan senjata api, tetapi latihan pada Isnin telah dimaklumkan lebih awal.
Korea Utara, Korea Selatan, maritim, bom

Artikel Lain