suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nepal Cadang Adakan Perjanjian Buruh Dengan Malaysia

KATHMANDU: Nepal sedang menyusun langkah terperinci untuk mencadangkan agar satu perjanjian buruh baharu diadakan dengan Malaysia bagi melindungi hak, kepentingan dan keselamatan pekerjanya di Malaysia.

Ini termasuk menyediakan deraf perjanjian berkenaan untuk dicadangkan kepada Malaysia.

Negara ini juga sedang mengatur langkah untuk mengadakan perjanjian serupa dengan Kuwait. Walaupun Malaysia dan Kuwait menjadi destinasi utama pekerja dari negara ini, namun Nepal tidak mempunyai perjanjian buruh secara rasmi dengan dua negara itu.

Berikutan pelbagai masalah yang dihadapi pekerja migran Nepal, termasuk menjadi mangsa pelbagai bentuk eksploitasi dan penderaan kerana tidak terdapat perjanjian buruh antara Nepal dengan negara berkenaan, maka perjanjian yang mengandungi peruntukan jelas tentang gaji minimum, keselamatan dan hak pekerja amat perlu diadakan, kata jurucakap Kementerian Buruh dan Pekerjaan Nepal.

Para pegawai Nepal sedang berbincang mengenai peruntukan yang akan dimasukkan ke dalam deraf perjanjian untuk dikemukakan kepada negara yang menjadi destinasi rakyat negara ini mencari pekerjaan.

Nepal, Kuwait, Malaysia

Artikel Lain