suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video: Empat Ditahan Kerana Terjun Dari Menara Pencakar Langit

EMPAT lelaki ditahan polis New York selepas melakukan terjunan bebas secara haram dari puncak menara pencakar langit, One World Trade Center.

Suspek ditahan selepas mereka dikesan membuat terjunan dari menara setinggi 541 meter menerusi video yang dimuat naik ke Youtube.

Polis berkata, suspek dikesan melakukan terjunan itu pada September tahun lalu.

Seorang daripada suspek, Andrew Rossig, 33, berkata, terjunan yang dilakukan sangat menyeronokkan apabila kumpula itu dapat mengakhiri terjunan di atas jalan Manhattan yang telah sunyi.

"Ianya setimpal apabila anda bergembira dengan menyaksikan keindahan bandar ini daripada perspektif yang berbeza," katanya.

Rossing melakukan terjunan itu bersama rakannya, James Brady, 32, dan pengajar penerjun bebas udara, Marko Markovich, 27.

Kyle Hartwell seorang lagi rakan mereka telah dikesan telah melakukan terjunan seperti yang dirakam.

Komisioner Polis, William Bratton, kumpulan itu menghadapi beberapa pertuduhan termasuk tuduhan memecah masuk menara tersebut.

"Bukan sahaja melanggar undang-undang tetapi mereka meletakkan diri dalam bahaya," katanya.

New York, One World Center

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain