suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Militia Crimea Rampas Pangkalan Laut Ukraine

Presiden Rusia, Vladimir Putin.

SEVASTOPOL (Crimea): Pasukan militia Crimea pada Rabu telah menyerbu dan merampas ibu pejabat Tentera Laut Ukraine di sini, tanpa sebarang tentangan - sehari selepas wilayah itu memutuskan untuk bergabung dengan Rusia.

Mereka kemudiannya mengibarkan bendera Rusia di pangkalan itu selepas ketibaan komander Angkatan Laut Rusia di Laut Hitam.

Pasukan tentera laut Ukraine tidak sedikit pun menentang kemasukan pasukan militia dari Crimea itu.

Sebaliknya mereka kemudian mengemas barang dan beredar dari pangkalan itu sambil disaksikan oleh anggota-anggota militia Crimea.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Selasa menandatangani triti di Moscow untuk menerima permintaan Crimea bergabung sebagai wilayah Rusia.

Bagaimanapun, beliau tidak merancang untuk merampas beberapa wilayah lain di Ukraine.

Menurut Putin, Rusia perlu mengambil kira keputusan referendum atau pungutan suara di Crimea Ahad lalu yang memutuskan rakyat negara itu mahu menjadi sebahagian daripada Rusia.

Menurut laporan BBC, 97% pengundi memutuskan yang mereka mahu berpisah dari Ukraine.


Artikel Lain