suria

Thailand Gantikan Perintah Darurat Dengan ISA

Suranand Vejjajiva.
BANGKOK: Kerajaan sementara Thailand membatalkan perintah darurat pada Isnin, satu langkah untuk meningkatkan keyakinan rakyat dan pelancong, namun konflik politik masih berpanjangan dan sebarang pembentukan kerajaan baharu akan mengambil masa berbulan-bulan.

Kerajaan menggantikan perintah darurat dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih membenarkan pihak berkuasa mengenakan perintah berkurung dan mewujudkan tempat pemeriksaan untuk menangani penunjuk perasaan.

ISA akan berkuat kuasa mulai Rabu sehingga 30 April, meliputi Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn.

Perkara itu diumumkan Ketua Setiausaha Perdana Menteri Suranand Vejjajiva, selepas mesyuarat mingguan Kabinet di Akademi Polis Kadet Diraja di sini, Isnin.

Perintah darurat itu dikuatkuasakan sejak 22 Januari di Bangkok dan wilayah berhampiran dan dijadual berakhir hujung minggu ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain