suria

Pengarah MAS Frankfurt Nafi Perkhidmatan Ke Frankfurt Dihentikan

PRIHATIN... Norsyazreen Aqila Rosdin menunjukkan rasa simpati keatas kehilangan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 dengan memegang sekuntum bunga ros pada kempen 'Youth Pray For MH370' oleh Majlis Belia Malaysia di KLIA pada Isnin. - fotoBERNAMA
BERLIN: Pejabat Malaysia Airlines (MAS) di Frankfurt menafikan khabar angin bahawa MAS akan menghentikan perkhidmatan penerbangan lima kali seminggunya ke Frankfurt susulan pengumumannya untuk menamatkan perkhidmatan ke Los Angeles, dengan berkata ia 'tidak berasas' dan 'tidak benar'.

"Pengarah Urusan kami Ahmad Jauhari Yahya jelas menyatakan bahawa syarikat itu tidak akan mengurangkan laluan antarabangsanya tahun ini selepas Los Angeles.

Beliau berkata khabar angin ini menjadi lebih panas berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu baru-baru ini untuk menghentikan penerbangan ke Los Angeles.

"Pengarah urusan kami, Ahmad Jauhari Yahya jelas menyatakan baru-baru ini bahawa tidak akan ada laluan antarabangsa dikurangkan tahun ini selepas Los Angeles.'

"Frankfurt bukan berada dalam radar (pengurangan laluan). Ia tidak benar dan tidak tepat untuk menyatakan MAS akan menghentikan laluan Frankfurt," kata David Raj, Pengarah MAS Frankfurt kepada Bernama pada Pameran Pelancongan Antarabangsa (ITB) di Berlin, acara berprofil tinggi yang disertai pengusaha pelancongan, hotel dan mereka yang berkaitan dengan industri itu.

Ditanya mengenai pemberhentian ke destinasi lain, terutama ke Amerika Utara, Raj berkata keanggotaan MAS dalam perikatan OneWorld, sejak 1 Feb, 2012 menyumbang pertumbuhan kira-kira 84 peratus jumlah penumpang syarikat itu.

"Kami sudah melancarkan penerbangan ke destinasi baharu seperti Darwin (Australia), Krabi (Thailand) dan Cochin (India). Ini menunjukkan peluasan kami.

"Berdasarkan keanggotaan dalam OneWorld, kami terlibat dalam perkongsian kod dengan syarikat-syarikat penerbangan Amerika Syarikat yang membolehkan kami beroperasi di 136 destinasi di Amerika Syarikat sahaja.

Rakan OneWorld MAS yang lain ialah Air Berlin, British Airways dan FinnAir.
"Walaupun kami tidak beroperasi secara fizikal di sesetengah pasaran, rakan kongsi OneWorld membantu kami," katanya.

Raj berkata kumpulan pesawat lama MAS kini dalam proses penggantian secara berperingkat-peringkat dengan versi baharu. Kumpulan 148 pesawat sedia ada merupakan gabungan Boeing dan Airbus. 

Syarikat penerbangan itu sudah menerima enam pesawat A380 dan pada 2013 sahaja, MAS menerima 21 pesawat baharu (gabungan Boeing dan Airbus).

Purata umur pesawat syarikat itu pada akhir tahun lepas ialah 6.6 tahun.

Kami mahu tahap itu dikurangkan kepada 5.5 tahun pada 2014 menerusi program pembaharuan kumpulan pesawatnya.

MAS merancang menggantikan semua pesawat B-777 secara berperingkat-peringkat antara 2015 dan 2018.

"Pemodenan kumpulan pesawat ini bertujuan mengekalkan dan mengembangkan laluan antarabangsa kami," kata Raj.

Sementara itu, rasa sedih menyelubungi peserta Malaysia dan China di sini selepas berita kehilangan pesawat MAS B777-200 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, tersebar. 

China membuka pavilion nasionalnya bersebelahan Pavilion Malaysia pada pameran itu.

MAS, Frankfurt, ITB, Boeing, Airbus

Artikel Lain