suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Obama Akan Hadir Upacara Penghormatan Terakhir Mandela Di Johannesburg

WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan menghadiri upacara penghormatan terakhir negara di Johannesburg pada Selasa bagi menghormati bekas Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela yang meninggal dunia pada Khamis, menurut White House.

Butir-butir perjalanan dan delegasi Amerika lain yang akan turut serta akan diumumkan tidak lama lagi, tambah kenyataan yang dikeluarkan Sabtu.

Obama dan isterinya, Michelle, akan disertai bekas Presiden George W. Bush dan isterinya, Laura, dengan pesawat Air Force One untuk ke Afrika Selatan minggu depan.

Bekas Presiden Bill Clinton juga akan menghadiri upacara tersebut di Afrika Selatan, tetapi rancangan perjalanan beliau belum diumumkan.

Pengebumian akan diadakan pada 15 Disember, di tempat kelahiran Mandela.

Artikel Lain