suria

Yingluck Terselamat Daripada Undi Tidak Percaya

Yingluck Shinawatra
Yingluck Shinawatra
Yingluck Shinawatra

BANGKOK: Perdana Menteri Yingluck Shinawatra terselamat daripada undi tidak percaya terhadap kerajaan pimpinannya di parlimen Thailand pagi Khamis.

Beliau menang dengan keputusan undi 297-134 dan lima berkecuali.

Turut terselamat dalam undi tidak percaya itu Menteri Dalam Negeri Jarupong Ruengsuwan, dengan kiraan 296-135 dan empat berkecuali.

Sementara itu, penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan kerajaan pimpinan Yingluck meneruskan bantahan mereka dengan menjadikan lebih banyak pejabat kerajaan sebagai sasaran.

Akta Keselamatan Dalam Negeri pula terus dikuatkuasakan di seluruh Bangkok dan wilayah berhampirannya seperti Nontaburi, daerah Lat Lum Kaeo di Pratumthani dan daerah Bangphli di Samutprakarn. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain