suria

Taufan Haiyan: Britain Hantar 6 Lagi Pesawat Bantuan Ke Filipina

LONDON: Britain akan menghantar enam pagi pesawat yang dipenuhi barang bantuan untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina, demikian diumumkan kerajaan pada Ahad.

Pesawat berkenaan membawa ribuan khemah, selimut, alat memasak dan makanan ke Filipina yang menyaksikan lebih 5,000 maut manakala 1,600 lagi hilang akibat taufan paling kuat di dunia itu.

Penghantaran itu dilakukan susulan lawatan Setiausaha Pembangunan Antarabangsa Britain, Justine Greening ke beberapa kawasan yang teruk dilanda taufan berkenaan, termasuk di Tacloban.

Kerajaan British juga mengumumkan 50 juta pound (AS$81 juta) bantuan kemanusiaan yang dihantar melalui dua kapal perang. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain