suria

Dua Maut, 13 Cedera Paip Gas Meletup Di Poland

WARSAW: Satu rangkaian paip gas meletup di sebuah perkampungan di Poland, pada Jumaat menyebabkan dua maut manakala 13 lagi cedera.

Letupan itu turut menyebabkan sebaris rumah kediaman terbakar.

Letupan berlaku pada sebelah petang di perkampungan Jankow Przygodzki di barat Poland.

Gambar dari stesen TVN24 menunjukkan api kuning dengan asap hitam menjulang di udara apabila ia merebak ke bumbung rumah kediaman penduduk.

Jurucakap Polis Poznan, Andrzej Borowiak, berkata pada awalnya jumlah korban adalah tiga tetapi angka yang disahkan kemudian adalah dua orang.

Beliau berkata, jumlah mereka yang cedera masih belum disahkan namun laporan daripada bomba menunjukkan seramai 13 orang manakala dua lagi masih hilang.

Daripada mangsa yang cedera, seorang dewasa dan seorang kanak-kanak dilaporkan dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital di Ostrow Wielkopolski.

Setakat ini punca kejadian letupan masih disiasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain