suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet Thai Setuju Masa Lintasan Sempadan Dilanjut

BANGKOK: Kabinet Thai meluluskan cadangan untuk melanjutkan waktu pembukaan lima lintasan sempadan tetap antara negara itu dengan Kemboja.

Theerat Rattanasevi, jurucakap kerajaan berkata hari ini mesyuarat kabinet meluluskan bahawa lintasan sempadan dibuka dari 6 pagi hingga 10 malam dari tempoh 7 pagi hingga 8 malam seperti sekarang.

Lima lintasan sempadan ialah Banlaem, Banpakkard di daerah Pongnamron, wilayah Chantaburi; Banmahadlek di daerah Klongyai, wilayah Trat; Banklongluk di daerah Aranyaprathet, wilayah Sakaew - kesemua empat lintasan terletak di sebelah timur Thailand - dan Chongjom, daerah Karbcheong, wilayah Surin (timur laut).

Jurucakap itu berkata Thailand telah mencadangkan penambahan waktu pembukaan di lebih daripada lima lintasan sempadan tetapi Kemboja bersedia hanya di lima lintasan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

10 Maut Ribut Landa Eropah

Artikel Lain