suria

65 Terbunuh Serangan Di Iraq

BAGHDAD: Sepuluh pengeboman yang menyasarkan kawasan majoriti Syiah di wilayah Baghdad pada Ahad membunuh sekurang-kurangnya 41 orang manakala 24 yang lain terkorban dalam serangan lain di Iraq, menurut pegawai.

Serangan adalah yang terbaharu dalam peningkatan keganasan yang pada bulan ini telah meragut lebih 650 orang setakat ini dan lebih 5,350 orang tahun ini.

10 letupan di sembilan kawasan berbeza di dalam dan sekitar Baghdad juga mencederakan lebih 110 orang, kata pegawai keselamatan dan perubatan.

Salah satu kawasan yang paling teruk adalah di Shaab, di utara Baghdad, di mana dua bom kereta meletup di kawasan komersial, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 18.

Letupan juga berlaku di kawasan Bayaa, Baladiyat, Mashtal, Hurriyah dan Dura di Baghdad, dan al-Saba Bur, Nahrawan dan Tarmiyah berhampiran bandar.

Letupan di Mashtal berlaku di sebuah stesen bas sementara pengeboman di Bayaa, Dura, Saba al- Bur dan Tarmiyah disasarkan kepada kawasan komersial.

Artikel Berikut

65 Terbunuh Serangan Di Iraq

Artikel Lain