suria

Berpuluh Maut, Puluhan Ribu Terpaksa Berpindah Banjir Di India

NEW DELHI: Hujan berlarutan selama berhari-hari mengakibatkan banjir di tenggara India membawa kepada kira-kira 39 orang terkorban dan memaksa lebih 70,000 penduduk membabitkan beratus-ratus kampung di kawasan rendah berpindah.

Mereka yang terkorban ketika insiden di wilayah Andhra Pradesh dan Orissa yang hujan sejak Isnin lalu.

Ramai dipercayai lemas akibat dihanyutkan arus deras atau dihempap runtuhan rumah.

Dalam pada itu beratus-ratus kampung ditenggelami air dan tanaman musnah di kawasan padi di India.

Perkhidmatan kereta api tergendala di sepanjang laluan yang ditenggelami air atau mengalami kerosakan. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain