suria

PM Tunisia Letak Jawatan

TUNIS: Kerajaan Tunisia dan pembangkang, pada Ahad mengadakan pertemuan untuk membincangkan perlembagaan baharu, hari kedua rundingan yang berlangsung dalam suasana panas untuk memulihkan krisis politik yang berlarutan hampir sebulan.

Pembunuhan seorang pemimpin pembangkang Julai lalu, Mohammed Brahmi, yang didakwa dilakukan oleh puak radikal Islam mencetuskan kemarahan orang ramai yang menggesa kerajaan Islam sederhana pimpinan Parti Ennahda meletak jawatan.

Pada Sabtu, Perdana Menteri Ali Larayedh membuat pengakuan bertulis untuk meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada pembentukan Kabinet bebas diketuai Perdana Menteri baharu yang akan dilantik dalam tempoh seminggu. - AFP

Artikel Lain