suria

Ribuan Penduduk Romania Berarak Protes Projek Perlombongan Emas

BUCHAREST: Beribu-ribu rakyat Romania, pada Ahad, bangkit menunjukkan tentangan terhadap projek kontroversi lombong emas dan syal gas, dalam demonstrasi mingguan yang telah bertukar menjadi salah satu protes bantahan paling lama diadakan di negara ini sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Di Bucharest, kira-kira orang 2,500 orang berarak ke pejabat-pejabat kerajaan, sambil melaungkan "Letak Jawatan", menurut seorang wartawan AFP yang menyaksikan protes.

Bantahan itu menandakan ia menjadi hari Ahad kesembilan berturut-turut penduduk Romania menggunakan jalanan untuk menyuarakan kemarahan mereka ke atas projek perlombongan yang dirancang oleh 'Canada's Gabriel Resources', sebuah projek yang dilihat sebagai membahayakan alam sekitar.

Lombong tersebut, yang akan ditempatkan di tengah-tengah Transylvania, bakal menjadi lombong emas terbuka dan terbesar di Eropah.

Gabriel Resources berharap dapat mengeluarkan 300 tan emas dengan teknik perlombongan yang memerlukan penggunaan beribu-ribu tan 'cyanide'.

"Kami mahu pelancongan, bukan cyanide ", laung penunjuk perasaan.

Penunjuk perasaan berkata mereka juga membantah rancangan syarikat tenaga gergasi AS, Chevron untuk menggali bagi memperoleh gas syal di timur Romania menggunakan teknik kontroversi "fracking" yang dibimbangi mungkin mencemarkan air bawah tanah.

Perarakan menuduh pentadbiran Perdana Menteri Victor Ponta mengkhianati janji-janji pilihan raya dengan menyokong rancangan syal gas dan lombong walaupun menentang projek-projek berkenaan semasa menjadi pembangkang.

Artikel Sebelum

Artikel Lain