suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Maut Bot Pendatang Karam di Perairan Sicily

VALLETTA: Sekurang-kurangnya 50 pendatang termasuk berpuluh kanak-kanak dilaporkan maut pada Sabtu selepas bot yang mereka naiki karam antara perairan Malta dan Sicily, demikian menurut agensi berita Itali, Ansa.

Laporan itu menyebut, bot berkenaan membawa 150 penumpang dan diselamatkan sebuah kapal Malta dengan 50 lagi diselamatkan oleh tentera laut Itali.

Kejadian itu berlaku selepas seminggu bot karam di Pulau Lampedusa, Itali dengan lebih 300 pendatang terkorban.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam masih diteruskan. Namun keadaan laut dengan angin kencang agak menyulitkan operasi ini," kata seorang jurucakap tentera laut Malta. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain