suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penulis Novel Terkemuka Tom Clancy Meninggal Dunia

Clancy bergambar bersama novel karya beliau 'The Teeth of The Tiger' ketika majlis pelancaran novel tersebut pada 2003.
Clancy bergambar bersama novel karya beliau 'The Teeth of The Tiger' ketika majlis pelancaran novel tersebut pada 2003.
Clancy bergambar bersama novel karya beliau 'The Teeth of The Tiger' ketika majlis pelancaran novel tersebut pada 2003.

NEW YORK: Penulis novel terkemuka Amerika, Tom Clancy, yang mana hasil karyanya telah diadaptasikan kepada filem popular dan permainan video telah meninggal dunia.

Mendiang berusia 66 tahun.

Kematian penulis cerita perisikan dan aksi ketenteraan itu telah disahkan oleh penerbitnya, G.P. Putnam's Sons.

Karyanya yang begitu terperinci mengenai gerakan ketenteraan dan dunia perisikan telah menyebabkan para pembacanya yakin yang mendiang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai perisik tetapi sentiasa dinafikannya sepanjang hayat.

Antara karya terkemukanya termasuklah "The Hunt for Red October" yang dihasilkan pada 1984 dan selepas itu "The Sum of All Fears" yang kemudiannya dijadikan filem dan memecah box office di pawagam.

Beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah judul novel dan yang terbaru yang akan diterbitkan tidak lama lagi bertajuk "Command Authority" yang sekali lagi akan menceritakan secara terperinci mengenai dunia perisikan, ketenteraan dan politik.

Artikel Lain