suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lagi Jemaah Haji Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

MAKKAH: Seorang lagi jemaah haji Malaysia Shamsiah Yaacob, 59, meninggal dunia akibat serangan jantung di sini pagi Sabtu.

Pengarah Operasi Media Tabung Haji (TH) Anis Zuhani Ahmad berkata, Shamsiah meninggal dunia dalam bas semasa perjalanan dari Tana'im ke Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.

Shamsiah berasal dari Lorong Kubur, Batu 25, Machang, Kelantan berada dalam bas bersama suaminya Awang Mamat ketika meninggal dunia.

Jenazah Shamsiah diurus oleh TH dan akan dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Syara'ek.

Sebelum ini, dua jemaah warga emas dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung di Madinah dan Makkah. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain