suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Blok Kediaman Runtuh Di Mumbai, 70 Dikhuatiri Terperangkap

MUMBAI: Kira-kira 70 orang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan satu blok kediaman setinggi lima tingkat di Mumbai pada Jumaat.

Ia merupakan insiden terbaru terburuk melanda wilayah itu.

Orang ramai dilihat berada di kawasan runtuhan untuk mencari ahli keluarga mereka yang hilang.

Blok kediaman itu dimiliki oleh Perbadanan Perbandaran Greater Mumbai.

"Anak saya terperangkap di dalam runtuhan itu. Saya menunggu anggota penyelamat untuk mengeluarkannya," kata seorang ibu, Mithi Solakani, 62.

Ahli politik tempatan Bhai Jagtap berkata 22 keluarga tinggal di blok tersebut dan tujuh hingga lapan mangsa terselamat berjaya dikeluarkan.

"Mangsa yang lain masih terperangkap. Pasukan penyelamat berusaha untuk mengeluarkan mereka," katanya.

Jurucakap Perbadanan Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA), Alok Avasthy berkata seramai 70 mangsa lagi dipercayai terperangkap dalam sisa runtuhan itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain