suria

Abbot Angkat Sumpah PM Australia Yang Baharu

Tony Abbott (kiri) berjabat tangan dengan Gabenor Besar, Quentin Bryce selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Australia ke-28 di Rumah Kerajaan di Canberra, Rabu. Abbott yang dipilih pada 7 September lalu dalam pilihan raya umum mewakili Perikatan Liberal/Nasional menamatkan pentadbiran Parti Buruh selama enam tahun di negara itu. -foto AP

CANBERRA: Tony Abbott, pada Rabu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Australia yang baharu, sekali gus menamatkan pentadbiran Parti Buruh selama enam tahun di negara itu.

Abbott, 55 tahun mewakili Perikatan Liberal/Nasional bagi membentuk kerajaan baharu, mengangkat sumpah di Rumah Kerajaan di Canberra di hadapan Gabenor Besar, Quentin Bryce.

Beliau dipilih pada 7 September lalu dalam pilihan raya umum dengan menawarkan pelbagai pembaharuan dan reformasi perniagaan.

“Hari ini bukan hanya satu majlis tetapi juga hari untuk bertindak. Rakyat Australia menjangkakan kita (kerajaan) terus menjalankan tindakan dan itu yang akan kerajaan lakukan," katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain