suria

34 Maut Taufan Ingrid Landa Teluk Mexico

VERACRUZ: Taufan Ingrid dan Ribut Tropika Manuel membadai Teluk Mexico dan pantai Pasifik yang membawa hujan lebat sehingga menyebabkan banjir dan tanah runtuh melanda beberapa bandar meragut 34 nyawa setakat ini.

Kerajaan Mexico berkata, negara itu belum pernah mengalami krisis cuaca sedemikian sejak 1958 apabila negara itu dilanda dua taufan tripoka serentak.

Gebenor Negeri Veracruz di Teluk Mexico mengesahkan 12 penumpang yang menaiki sebuah bas dari bandar Altotonga maut akibat tanah runtuh.

Lebih 23,000 di negeri itu dipindahkan setakat ini akibat cuaca buruk tersebut.

Menurut Jabatan Pertahanan Awam, sekurang-kurangnya 20 lebuh raya dan 12 jambatan rosak teruk.

Artikel Berikut

Artikel Lain