Dua Anggota Gerakan Pemisah Maut Dalam Pertempuran di Selatan Thai

YALA: Dua anggota gerakan pemisah di selatan Thailand terkorban dalam pertempuran dengan pihak keselamatan di kawasan kebun getah di Kampung Kubang Cenak, mukim Paksen, daerah Muang Yala di sini, Ahad.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi waktu tempatan itu, mangsa Muhammas Ajid Tayet dan Abdullah Chekni, maut dalam pertempuran selama 30 minit itu.

Timbalan Ketua Polis Wilayah Sempadan Selatan Mejar Jeneral Suchart Thirasawad, yang mengetuai operasi itu, berkata mangsa adalah anggota gerakan yang ada kaitan dengan RKK (Runda Kumpulan Kecil) pimpinan Ubaidillah Ramli dan Abbas Chek Ali yang aktif di kawasan Muang Yala dan daerah Krong Pinang.

Katanya dalam operasi itu 100 anggota polis dan renjer telah mengepung sebuah rumah kecil di kebun getah setelah mendapat maklumat daripada penduduk terdapat sekitar tiga hingga lima anggota gerakan pemisah bersembunyi di dalam rumah itu. "Tiga lagi anggota pemisah berjaya melarikan diri dan dipercayai seorang daripada mereka tercedera dan mereka sedang diburu.

"Mereka telah diminta supaya menyerah diri tetapi sebaliknya telah melepaskan tembakan," katanya yang mengetuai operasi itu bersama Timbalan Ketua Renjer Kompeni 41, Leftenan Kolonel Sittisak Jenbanjong. -BERNAMA

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain