suria

Abbot Perkenal Kabibet Baharu Australia, Angkat Sumpah Pada Rabu

CANBERRA: Perdana Menteri Australia yang baharu, Tony Abbott mengumumkan kabinet yang pertama pada Isnin, melantik penggubal undang-undang berpengalaman dalam menjanjikan sebuah kerajaan yang stabil selepas tiga tahun memerintah minoriti.

Abbott dari parti konservatif yang memenangi kuasa dengan janji memberi tumpuan kepada pengurusan ekonomi, hanya membuat perubahan kecil dalam barisan pembangkangnya, dengan Joe Hockey dilantik sebagai Bendahari, seperti yang dijangkakan, manakala Mathias Cormann menjadi Menteri Kewangan, beralih daripada portfolio pembantu perbendaharaan sebelum ini.

Timbalan pemimpin Parti Liberal Abbott, Julie Bishop akan menjadi Menteri Luar dan akan menjadi satu-satunya wanita dalam 20 anggota Kabinet Abbott, walaupun beberapa orang wanita telah dinaikkan pangkat ke kementerian.

"Saya percaya ia menjadi bakal kementerian paling berpengalaman dalam sejarah kita dan saya fikir pengalaman adalah penting apabila beralih dari pembangkang kepada kerajaan," kata Abbott, dalam sidang akhbar pertama sejak pilihan raya 7 September.

Abbott akan menjadi perdana menteri ketiga Australia dalam tempoh tiga bulan apabila beliau mengangkat sumpah pada Rabu.

Artikel Lain