suria

20 Terkorban Ribut Tropika Manuel & Taufan Ingrid Di Mexico

ACAPULCO (Mexico): Ribut Tropika Manuel melanda pantai Pasifik Mexico pada hari Ahad manakala Taufan Ingrid menghala ke arah timur negeri, mencetuskan hujan, banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang.

Beribu-ribu orang telah dipindahkan apabila ribut melanda di bahagian Pasifik dan Teluk Mexico, menyebabkan sungai melimpah, banjir dan jalan-jalan serta jambatan rosak.

Firma tenaga negeri, Pemex, memindahkan tiga pelantar minyak di luar pantai Teluk negeri di timur laut Tamaulipas dan menutup 24 buah telaga, kata syarikat itu dalam akaun Twitter.

Di pantai barat, Manuel lemah selepas melanda Colima tetapi masih diancam banjir kilat dan lumpur runtuh, Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat.

Artikel Lain