suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Bumi 6.0 Magnitud Gegar Barat Kanada

WASHINGTON: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar Pulau Vancouver, Kanada awal pagi Rabu, kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kerosakan dan amaran tsunami dikeluarkan akibat gempa bumi terbabit.

USGS berkata, gempa itu pada awalnya berukuran 6.2 magnitud tidak terlalu dalam, hanya kira-kira 965 meter di bawah paras laut dan berpusat pada 211 kilometer barat Pelabuhan Hardy, British Columbia.

Gempa bumi berkenaan melanda zon terdedah gempa iaitu dari utara Pulau Vancouver sehingga Pulau Haida Gwaii di utara. Negara itu pernah dilanda gempa berukuran 8.1 magnitud pada 1949.

Artikel Berikut

Artikel Lain