suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kastam Perancis Patahkan Cubaan Seludup Dadah Ke Britain

LILLE (Perancis): Pegawai kastam Perancis pada Selasa mengumumkan rampasan dadah jenis heroin seberat 65 kilogram yang diperoleh dalam sebuah van yang mahu menyeludup masuk ke Britain melalui Terowong Channel.

Berat rampasan itu yang dilakukan pada 27 Ogos lepas merupakan yang luar biasa, apabila menyamai dengan suku jumlah keseluruhan dadah jenis heroin yang dirampas oleh Kastam Perancis pada tahun 2012.

Dadah itu terkandung dalam 120 paket yang disembunyikan dalam pemanas yang dibawa sebuah van yang memulakan perjalanannya di Netherlands.

Nilai dadah yang dirampas itu berjumlah 2.6 juta euro (RM11.26 juta). - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain