suria

Sonia Gandhi Berlepas Ke AS Untuk Pemeriksaan Kesihatan

Sonia Gandhi
Sonia Gandhi
Sonia Gandhi

NEW DELHI: Presiden Parti Kongres India, Sonia Gandhi berlepas ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, seminggu selepas dimasukkan ke sebuah hospital di New Delhi.

Gandhi yang juga seorang ahli politik berpengaruh di India pernah berkunjung ke AS untuk menjalani pembedahan pada 2011.

"Dia berlepas ke AS untuk menjalani pemeriksaan kesihatan," kata seorang pemimpin kanan parti itu, lewat Ahad.

Gandhi, 66, melakukan pemeriksaan kesihatan buat kali terakhir di AS pada Februari lalu.

Beliau turut berlepas ke AS pada September tahun lalu.

Gandhi dimasukkan ke hospital pada minggu lalu selepas jatuh sakit ketika sesi perbahasan di Parlimen mengenai undang-undang penting.

Rakan-rakannya berkata, Gandhi mengalami demam dan sering keletihan selepas selesai rundingan mengenai undang-undang kebajikan makanan.

Keadaan kesihatan dan kehidupan peribadinya sering dikawal rapi oleh penasihatnya.

Malah beliau jarang sekali bercakap kepada pemberita.

Pada 2011, sebuah laporan majalah berkata, Gandhi menjalani pembedahan kanser tetapi penyakit yang dialaminya tidak didedahkan secara rasmi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain