suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

16 Maut Letupan Bom Kereta Di Pasar Baghdad

SAMARRA: Sebuah bom yang diletakkan di dalam sebuah kereta meletup dekat pasar menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di utara Baghdad, mengorbankan sekurang-kurangnya 16 orang pada Jumaat.

Serangan bom berani mati itu turut menyebabkan 25 orang cedera.

Insiden itu berlaku pada pukul 6.45 petang waktu tempatan.

Kejadian itu berlaku sehari selepas negara itu digegarkan dengan beberapa kejadian letupan bom di sekitar ibu negara Iraq itu yang mengorbankan 75 nyawa.

Letupan di pasar Samarra yang dikenali juga sebagai Mraydi itu sengaja disasarkan ketika keadaan sedang sibuk dengan orang ramai membeli keperluan ketika menghampiri waktu pasar berkenaan ditutup.

Menurut pihak polis dan hospital, daripada 16 yang maut, tiga termasuk wanita dan dua kanak-kanak. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain