suria

Sekurang-Kurangnya 11 Maut Pangsapuri Runtuh di India

AHMEDABAD: Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan beberapa yang lain terperangkap apabila pangsapuri empat tingkat runtuh di Vadodara, pada Rabu.

Sehingga jam 6.30 petang waktu tempatan, anggota penyelamat di Vadodara kira-kira 110 kilometer dari sini sudah menemui 11 mayat daripada sisa runtuhan pangsapuri terbabit yang mempunyai 14 unit kesemuanya.

Bangunan itu dilaporkan runtuh pada kira-kira jam 4 pagi waktu tempatan.

"Terdapat antara 15 dan 20 orang ketika kejadian," kata seorang jurucakap pegawai kerajaan tempatan, Nivod Rao ketika dihubungi agensi berita AFP.

Artikel Lain