suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3 Anggota Misi Pengaman Cedera Ditembak

KHARTOUM: Tiga anggota tentera misi pengaman ditembak dan cedera di wilayah Darfur di timur Sudan semalam, serangan kedua dalam bulan ini di kawasan sama.

Serangan berlaku di wilayah berkenaan yang ketika ini berlaku perbalahan di kalangan rakyat tempatan yang bulan ini saja dilaporkan sudah mengorbankan 190 nyawa.

Satu kumpulan bersenjata yang tidak dikenali menyerang anggota rondaan Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu-Kesatuan Afrika di Darfur (UNAMID) kira-kira 36 kilometer di timur laut ibu negeri Darfur, Ed Daein, kata pegawai media UNAMID, Rania Abdulrahman.

“Dalam serangan itu, tiga anggota pengaman cedera ditembak," katanya.

Pada 12 Ogos lalu, anggota polis rondaan UNAMID diserang hendap di Ed Daein tetapi tiada kecederaan dilaporkan.

Artikel Lain