suria

29 Maut Pergaduhan Dalam Penjara Di Bolivia

Salah seorang tahanan yang terlibat dalam pergaduhan di penjara Palmasola, timur Bolivia diiringi polis.

LA PAZ: Sekurang-kurangnya 29 maut manakala 50 yang lain cedera apabila berlaku pergaduhan membabitkan kumpulan banduan di dalam penjara di timur Bolivia, Jumaat.

“Maklumat yang diperoleh setakat ini jumlah kematian adalah seramai 29 orang. Daripada mereka yang dihantar ke hospital, 35 orang mengalami kecederaan parah," kata Pengarah Penjara, Ramiro Llanos.

Laporan awal, polis memberitahu jumlah kematian adalah seramai 15 orang dalam kejadian di penjara di Bandar Santa Cruz.

Komander Polis, Jorge Aracena berkata pihak keselamatan berjaya mengawal kejadian yang tercetus pada awal pagi Jumaat itu.

Aracena berkata, satu kumpulan banduan memecah masuk ke satu kawasan banduan lain dan mula membakar serta meletupkan tangki gas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain