suria

178 Maut Dalam Banjir Di Pakistan

ISLAMABAD: Banjir akibat hujan lebat yang di bawa oleh musim monsun mengakibatkan 178 orang maut manakala 1.5 juta penduduk lagi terjejas sejak tiga minggu lalu.

"Sekurang-kurangnya 178 maut dan 1,503,492 terjejas kesan daripada hujan monsun yang melanda," kata seorang pegawai kanan Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA).

Beliau berkata, kejadian hujan lebat itu turut mencederakan 855 orang, selain memusnahkan 20,312 buah rumah dari 5,615 perkampungan.

Dijangkakan hujan lebat akan berterusan sehingga bulan hadapan.

Namun pihak NDMA telah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain