suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

300 Maut Selepas Polis Gempur Kem Penunjuk Perasaan Di Mesir

KAHERAH: Pasukan keselamatan yang menggempur kem penunjuk perasaan penyokong bekas Presiden yang digulingkan, Mohammed Morsi pada Rabu mengakibatkan hampir 300 orang terbunuh di seluruh Mesir.

Bertindak menangani keganasan itu, tentera kerajaan sementara itu mengeluarkan perintah berkurung selama sebulan di Kaherah dan 13 wilayah yang lain.

Pihak berkuasa berkata, seramai 278 orang terbunuh, termasuk 43 anggota polis, dengan banyak kematian di Kaherah tetapi keganasan merebak dari ibu negara.

Perintah berkurung berkuatkuasa serta merta, selama 11 jam sehari bermula pukul 7 malam.

Sekurang-kurangnya empat gereja diserang, dengan aktivis penganut Kristian menuduh penyokong setia Morsi melancarkan "perang tindakan balas terhadap kumpulan penganut Kristian (Copts) di Mesir". - AFP

Artikel Lain