suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Australia Negara Paling Mahal Bagi Pelajar Asing

MELBOURNE: Walaupun Australia merupakan negara paling mahal bagi pelajar asing, tetapi kejatuhan nilai dolarnya dijangka menarik lebih ramai pelajar dari seluruh dunia untuk menjadikannya pusat menimba ilmu.

Menurut kajian HSBC Bank yang melibatkan 13 negara dan wilayah, Australia mengatasi Amerika, Britain, Jerman, Kanada dan Hong Kong sebagai destinasi paling mahal bagi pelajar asing iaitu purata AS$38,000 setahun bagi yuran pengajian dan kos sara hidup.

Namun demikian, Australia terus merupakan destinasi paling popular bagi pelajar antarabangsa.

Ketua perkhidmatan kewangan peribadi HSBC Australia Graham Heunis memberitahu Australian Associated Press bahawa kejatuhan nilai dolar Australia pasti meningkatkan populariti negara ini setelah nilai dolarnya yang tinggi dari 2009 hingga 2012 menyebabkan jumlah pelajar asing yang menuntut di negara ini merosot 12 peratus.

Katanya perubahan yang diperkenalkan pada tahun lepas untuk memperkemaskan urusan pemprosesan visa pelajar juga dijangka membantu meningkatkan jumlah kedatangan pelajar asing ke negara ini. - BERNAMA

Artikel Lain