suria

Letusan Gunung Berapi Indonesia, Ratusan Penduduk Dipindahkan

MAUROLE (Indonesia): Lebih 500 orang dipindahkan dari sebuah pulau kecil Indonesia di mana gunung berapi meletus pada hujung minggu, yang mengorbankan lima penduduk kampung, kata pegawai kerajaan pada Isnin.

Gunung Rokatenda di pulau Palue di Timur wilayah Nusa Tenggara, meletus sehingga sejauh dua kilometer ke udara pada Sabtu dan lava mengalir ke arah pantai, mengorbankan tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak yang sedang tidur ketika kejadian berlaku.

Pegawai kerajaan sebelum ini meletakkan angka kematian seramai enam orang, tetapi telah mengurangkan bilangan itu pada Isnin.

Pasukan penyelamat berusaha untuk membantu memindahkan penduduk kampung di kawasan yang terjejas ke tempat lebih selamat.

"Proses pemindahan sedang dilakukan," kata ketua daerah Sikka, Yosep Ansarera .

Palue merupakan sebahagian daripada daerah Sikka.

"Lebih 500 orang telah dipindahkan menggunakan bot dari Palue ke pusat perlindungan di Maumere," kata beliau, yang merujuk kepada sebuah bandar yang berdekatan dengan pulau Flores.

"Kesemua mereka dari dua kampung yang terjejas," katanya. - AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain