suria

Tiga Maut Akibat Banjir Di Timur Myanmar

YANGON: Puluhan ribu orang mendapat perlindungan di pusat pemindahan sementara di timur Myanmar selepas banjir kilat melanda negara itu sehingga menyebabkan tiga maut pada Jumaat.

Hampir 33,500 orang dipindahkan ke 79 pusat pemindahan di negeri Karen selepas banjir melanda negera itu.

Menurut akhbar New Light of Myanmar, tiga maut manakala beberapa orang dilaporkan hilang.

Kira-kira 245 sekolah ditutup susulan manakala tanah runtuh menyebabkan beberapa jalan rosak teruk sejak hujan turun tanya henti sejak 27 Julai lalu.

Di negeri Mon, seramai 4,700 orang yang terjejas sudah kembali ke rumah masing-masing.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menghantar bekalan perubatan termasuk tablet pembersihan air di kedua-dua negeri itu.

Media tempatan menasihati orang ramai yang tinggal berhampiran sungai di Lembah Irrawaddy bersedia berhadapan hujan lebat.

"Mereka yang tinggal dekat kawasan lembah perlu lebih berhati-hati kerana hujan lebat dijangka melanda beberapa hari lagi," katanya.

Artikel Lain