suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Pemberontak NPA Maut Bertempur Dengan Tentera

MANILA: Enam anggota gerila Tentera Rakyat Baharu (NPA) yang diketuai seorang wanita terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Filipina pada awal pagi Rabu.

Jurucakap tentera Filipina berkata, beberapa penduduk memberi maklumat mengenai kira-kira sembilan anggota gerila tersebut cuba membina rangkaian sokongan di sebuah kampung di utara wilayah Tarlac.

"Pemberontak cuba mendapatkan sokongan di kawasan itu," kata Zagala.

Tiga lagi pemberontak berjaya melarikan diri ketika insiden berbalas tembakan sehingga awal pagi Rabu.

Zagala tidak mendedahkan nama anggota wanita yang terbunuh itu.

Beliau berkata enam pemberontak yang maut merupakan antara 19 anggota NPA yang dipercayai beroperasi di Tarlac.

Kumpulan gerila itu mula berpangkalan di Tarlac pada 1969.

Tentera Filipina menganggarkan kumpulan tersebut mempunyai seramai 4,000 anggota di seluruh negara itu.

"Kami menasihati mereka supaya menghentikan perjuangan mereka. Mereka tidak perlu mati," kata Zagala.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain