suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua Serangan Roket Gegar Beirut

BEIRUT: Dua serangan roket yang dilepaskan dari lokasi yang tidak dapat dikenalpasti meletup di luar Beirut awal pagi Jumaat.

Satu daripada roket itu meletup beberapa meter dari pintu masuk ke Istana Presiden.

"Dua roket menggegar Baabda tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan," kata sumber yang enggan mengulas lanjut.

Menurut jurugambar agensi berita AFP, sebuah roket meletup di taman sebuah rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari pintuk masuk ke Istana Presiden.

Agensi berita ANI berkata, roket kedua meletup dekat sebuah kem latihan askar Lubnan di wilayah Baabda, kira-kira lapan kilometer di tenggara Beirut.

Insiden itu berlaku susulan ketegangan yang berlaku di Lubnan berhubung konflik dengan negara jiran, Syria.

Artikel Lain